Fi

Fi Permohonan

Fi Permohonan boleh dirujuk pada Jadual Kedua Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan, seperti di bawah :

  1. Permohonan penguntukan radas (‘AA’) : RM 60 bagi setiap permohonan
  2. Permohonan perubahan kandungan AA : RM 20 bagi setiap permohonan
    Perubahan adalah tidak dibenarkan bagi perkara di bawah :
    1. Perubahan pemegang AA;
    2. Koordinat lokasi stesen;
    3. Jenis Stesen; dan
    4. Jalur Frekuensi.
  3. Permohonan salinan penguntukan yang diperakui sah: RM 10 bagi setiap permohonan


Fi Penguntukan

Fi Penguntukan Radas boleh dirujuk pada Jadual Pertama Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan. Jadual tersebut merangkumi Susunan A (Fi tetap) dan Susunan B (Fi berubah-ubah).

Fi Tetap bagi stesen penyiaran adalah seperti berikut:

Bentuk Perkhidmatan
Menurut Rancangan Spektrum
Fi Tahunan (RM) Ulasan
Stesen pemancar penyiaran
(30 MHz hingga 3 GHz)
1200 Untuk permohonan stesen pemancar penyiaran sahaja

Fi Berubah-ubah adalah tertakluk kepada jenis perkhidmatan dan lebar jalur frekuensi:

Jalur Frekuensi Jenis Perkhidmatan Fi berubah-ubah bagi lebar jalur 200 kHz dan 8,000kHz
(bagi setiap saluran frekuensi) (RM)
Stesen pemancar penyiaran
(30 MHz hingga 3 GHz)

Radio FM

380
DTT 1,000

Contoh Pengiraan Fi Penguntukan Radas (‘AA’) bagi Stesen Pemancar Radio FM 

Pengiraan Fi AA bagi Permohonan Stesen Pemancar Radio FM

Frekuensi stesen pemancar radio FM adalah diuntukkan melalui AA.

Contoh:
Pengiraan fi radio FM dengan satu (1) frekuensi pemancar (87.5 MHz hingga 108.0 MHz) dengan 200 kHz lebar jalur:

Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Radas Jumlah Frekuensi Pemancar
Penyiaran
(Stesen Radio FM)
1 Stesen Pemancar Penyiaran 1
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah (RM)
60 1,200
[380] x [1] = [380]
[Fi Berubah-ubah/ frekuensi] x [Jumlah Frekuensi]   [Jumlah Fi Berubah-ubah]
Jumlah Fi Tahunan (RM)
[60] + [1,200] + [380] = [1,640]
[Fi permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] = [Jumlah Fi Tahunan]

 


Contoh Pengiraan Fi Penguntukan Radas (‘AA’) bagi Stesen Pemancar DTT 

Pengiraan Fi AA bagi Permohonan Stesen Pemancar DTT

Frekuensi stesen pemancar DTT adalah diuntukkan melalui AA.

Contoh:
Pengiraan Stesen Pemancar DTT dengan satu (1) frekuensi pemancar (470 MHz hingga 694 MHz) dengan 8,000 kHz lebar jalur:

Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Radas Jumlah Frekuensi Pemancar
Penyiaran
(Stesen DTT)
1 Stesen Pemancar Penyiaran 1
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah (RM)
60 1,200
[1,000] x [1] = [1,000]
[Fi Berubah-ubah/ frekuensi] x [Jumlah Frekuensi]   [Jumlah Fi Berubah-ubah]
Jumlah Fi Tahunan (RM)
[60] + [1,200] + [1,000] = [2,260]
[Fi permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] = [Jumlah Fi Tahunan]