Fi

Fi Permohonan

Fi permohonan boleh dirujuk pada Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan, seperti di bawah:

  1. Permohonan Penguntukan Radas (AA): RM 60 bagi setiap permohonan
  2. Permohonan perubahan AA: RM 20 bagi setiap permohonan
    Perubahan adalah tidak dibenarkan bagi perkara di bawah:
    1. Perubahan pemegang AA
    2. Perubahan Jenis dan Model Pesawat Udara; dan
    3. Perubahan Isyarat Panggilan.
  3. Permohonan salinan penguntukan yang diperakui benar: RM 10 bagi setiap permohonan

Fi Penguntukan

Fi penguntukan radas boleh dirujuk pada Jadual Pertama Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan. Jadual tersebut merangkumi Susunan A (Fi tetap) dan Susunan B (Fi berubah-ubah).

Fi tetap bagi Stesen Pesawat Udara adalah seperti berikut :

Jenis Radas Fi Tetap (RM)
Stesen Pesawat Udara 60

 

Contoh pengiraan Fi AA

Fi Permohonan (RM) Fi AA (Tahunan) Tempoh (Tahun) Jumlah (RM)
Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah (RM)
60 60 N/A 3
[60] + [60 x 3] = [240]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap x Tempoh] = [Jumlah Fi AA]