Syarat-Syarat Permohonan

Syarat – syarat pemohon

Pihak yang layak memohon AA untuk Stesen Gelombang Mikro adalah seperti berikut:

  1. Pemegang lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian (NFP (I)), yang mempunyai atau memberikan pemancar dan penghubung radiokomunikasi;
  2. Pemegang lesen Kelas Pemberi Kemudahan Rangkaian (NFP (C)), yang mempunyai atau memberikan pemancar dan penghubung radiokomunikasi;
  3. Kemudahan rangkaian persendirian (syarikat swasta / syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)). Penggunaan stesen ini adalah terhad untuk tujuan persendirian sahaja.
  4. Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Bagi rangkaian persendirian di darat, pemohon hendaklah menyerahkan bukti bahawa pemegang lesen NFP (I) / NSP (I) yang sedia ada tidak dapat menyediakan sebarang perkhidmatan yang serupa (tanpa wayar atau berwayar) kepada pemohon.

No. Senarai Borang Penyedia Perkhidmatan (Pemegang Lesen) Kerajaan Persekutuan Rangkaian Persendirian
1 Borang Permohonan AA
2 Fi Permohonan AA (RM 60 bagi setiap permohonan) -
3 Pelan Rangkaian (mengikut kes)
4 Salinan Lesen AKM 1998 (hanya untuk pemohon baharu) - -
5 Spesifikasi Peralatan dan Antena (untuk peralatan dan antena baharu)
6 Kelulusan Peralatan oleh SIRIM (untuk peralatan baharu)
7 Salinan pendaftaran SSM yang disahkan (hanya untuk permohonan kali pertama) - -
8 Dokumen sokongan lain yang dianggap perlu oleh MCMC

 

Stesen Gelombang Mikro