Jalur Frekuensi


Frekuensi yang diperuntukkan untuk sistem CCTV tanpa wayar yang melibatkan Time Division Duplex  ialah 5650 MHz sehingga 5725 MHz dengan lebar jalur 75MHz.

Pelan saluran frekuensi bagi sistem ini sama ada untuk konfigurasi kaedah poin ke poin atau poin ke pelbagai poin, adalah berdasarkan 5 MHz lebar jalur yang membahagikan jalur frekuensi 5650 MHz hingga 5725 MHz kepada 15 blok bahagian.

NO. JALUR FREKUENSI (MHz) RUJUKAN
1 5650 - 5725 SKMM SRSP-546 CCTV

Penggunaan frekuensi untuk sistem CCTV tanpa wayar selain daripada frekuensi yang telah diperuntukkan, boleh dirujuk kepada dokumen Penguntukan Kelas.

Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Tanpa Wayar