Bergerak
Perkhidmatan bergerak bermaksud perkhidmatan komunikasi radio antara stesen bergerak dan stesen darat, atau antara stesen bergerak. Contoh perkhidmatan ini adalah perkhidmatan radio trunked, walkie-talkie rangkaian peribadi, stesen kapal dan stesen pesawat.
Contoh tugasan untuk Perkhidmatan Bergerak adalah:
- International Mobile Telecommunications
- Stesen Pesawat Udara
- Stesen Kapal
- Rangkaian Persendirian Radio Bergerak Darat (HF/VHF/UHF)
- Radio Sesalur Persendirian dan Awam