Penguntukan Kelas

  • Penguntukan kelas memberikan hak kepada mana-mana orang untuk menggunakan frekuensi untuk senarai peranti dan tiada bayaran yang perlu dibayar. Penggunaan peranti yang telah disenaraikan dalam penguntukan kelas yang dikeluarkan di bawah seksyen 169 CMA 1998, termasuk tetapi tidak terbatas pada, jenis peranti, had daya pancaran dan jalur frekuensi.
  • Penguntukan kelas disemak secara berkala oleh Suruhanjaya. Peranti yang telah dikeluarkan dengan penguntukan kelas perlu disahkan oleh Suruhanjaya atau agensi perakuannya yang berdaftar.
  • Pada prinsipnya, penggunaan peranti tersebut dilakukan secara bersama dan tidak eksklusif dan tidak akan diberi perlindungan daripada gangguan.
  • Penguntukan kelas sah sehingga dibatalkan oleh Suruhanjaya.
  • Rujuk Dokumen Penguntukan Kelas