Syarat-Syarat Permohonan


Syarat – syarat pemohon

Pemohon yang layak membuat permohonan penguntukan radas (‘AA’) bagi CCTV tanpa wayar adalah seperti berikut :

  1. Pemegang lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian (Individu) (NFP (I)), yang menyediakan pemancar dan penghubung radio komunikasi
  2. Kemudahan Rangkaian Persendirian (Syarikat / Badan Persendirian yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)). Penggunaan peralatan dan kelengkapan adalah terhad di kawasan persendirian dan persisir pantai untuk kegunaan persendirian sahaja.
  3. Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan

Senarai Semak Permohonan Penguntukan Radas (‘AA’) 

No. Senarai Borang Penyedia Perkhidmatan (Pemegang Lesen) Kerajaan Persekutuan Rangkaian Persendirian
1 Borang Permohonan AA
2 Fi Permohonan AA (RM 60 bagi setiap permohonan) -
3 Pelan Rangkaian (untuk kes-kes tertentu)
4 Salinan Lesen AKM 1998 (untuk permohonan baharu) - -
5 Kelulusan Peralatan oleh SIRIM (untuk peralatan baharu)
6 Salinan Pendaftaran SSM yang disahkan (untuk permohonan baharu) - -
7 Dokumen sokongan lain yang dianggap perlu oleh MCMC

Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Tanpa Wayar