Syarat-Syarat Permohonan


Syarat – syarat pemohon

Pemohon yang berkelayakan untuk memohon Penguntukan Radas (AA) bagi stesen radio bergerak darat rangkaian persendirian adalah seperti berikut:

  • Syarikat Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan; dan
  • Kedutaan luar negara di mana permohonan harus dibuat melalui Kementerian Luar Negeri (KLN).
 

Senarai semak permohonan Penguntukan Radas (AA)

No. Dokumen yang diperlukan

Kerajaan Persekutuan

Bukan Kerajaan Persekutuan
1 Borang Permohonan AA (setiap permohonan
2 Fi Permohonan AA (RM 60 setiap permohonan) -
3 Surat Permohonan (menggunakan kepala surat syarikat)
4 Surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pemohon (Jika permohonan dihantar oleh vendor)
5 Rajah Rangkaian dan kawasan liputan (di plot pada peta)
6 Spesikasi Peralatan dan Antenna
7 Salinan Kad Pengenalan Pemohon atau Passport
8 Salinan terkini Digital Certified True Copy (CTC) pendaftaran syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 (pendaftaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia) -
9 Salinan sijil pemerakuan peralatan (CoC) bagi Type Approval atau Special Approval yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd

Nota:
(1) Jumlah minimum terminal bergerak yang diperlukan adalah 30 unit bagi 1 saluran frekuensi
(2) Permohonan AA dari Pejabat Kedutaan Asing harus dibuat melalui Kementerian Luar Negeri, Malaysia.

Rangkaian Persendirian Radio Bergerak Darat (HF/VHF/UHF)