Syarat-Syarat Permohonan

Syarat – syarat pemohon

Pihak yang layak memohon AA untuk pengoperasian stesen bumi adalah seperti berikut :    
  • Pemegang lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian (Individu) (NFP(I)) yang menyediakan pemancar dan penghubung radiokomunikasi seperti berikut:
    • Stesen Bumi;
    • Stesen Kawalan Satelit (Satellite Control Station);
    • Stesen Hub Satelit; dan
    • Satelit/Stesen Angkasa
  • Pemegang Lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian (Kelas) (NFP(C)) yang menyediakan pemancar dan pautan radiokomunikasi;
  • Syarikat swasta/syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan penggunaan persendirian sahaja (Private Network);
  • Jabatan/Agensi Kerajaan

Senarai Semak Permohonan Penguntukan Radas (‘AA’) 

No. Dokumen yang diperlukan Kerajaan Persekutuan Lain- lain
1 Borang Permohonan AA
2 Fi Permohonan AA (RM 60 bagi setiap permohonan) -
3 Surat Permohonan Rasmi(menggunakan kepala surat syarikat/agensi)
4 Surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pemohon (Sekiranya penyerahan oleh penjual/pembekal
5 Diagram Rangkaian dan jangkaan kawasan liputan
6 Spesifikasi Peralatan dan Antena (untuk peralatan dan antena baharu)
7 Salinan Lesen CMA 1998 (hanya untuk pemohon baharu) -
8 Kelulusan Jenis / Kelulusan Khas oleh SIRIM (untuk peralatan baharu)
9 Dokumen sokongan lain yang dianggap perlu oleh MCMC

Permohonan AA oleh Pejabat Keduataan perlu dihantar melalui Kementerian Luar Negeri Malaysia. Pengecualian untuk bayaran Fi permohonan AA tertakluk kepada pengesahan pengaturan timbal balik oleh Kementerian Luar Negeri.

Stesen Bumi