Syarat-Syarat Permohonan
Syarat-syarat pemohon
- Pemegang Lesen Individu pemberi Kemudahan Rangkaian (NFP(I)), yang menyediakan pemancar dan penghubung radiokomunikasi;
- Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan; dan
- Syarikat persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (untuk kegunaan bagi rangkaian persendirian sahaja).
Senarai Semak Permohonan Penguntukan Radas (AA)
| Bil. | Dokumen yang diperlukan | Kerajaan Persekutuan | Bukan Kerajaan Persekutuan |
|---|---|---|---|
| 1 | Borang Permohonan AA (setiap permohonan) | ✓ | ✓ |
| 2 | Fi Permohonan AA (RM60 bagi setiap permohonan) | - | ✓ |
| 3 | Surat Permohonan (dengan kepala surat syarikat) | ✓ | ✓ |
| 4 | Surat kebenaran pelantikan kontraktor untuk mengemukakan permohonan (Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pihak kontraktor) | ✓ | ✓ |
| 5 | Diagram Rangkaian dan cadangan kawasan liputan (di atas peta elektronik) | ✓ | ✓ |
| 6 | Spesifikasi peralatan dan Antena | ✓ | ✓ |
| 7 | Salinan Kad Pengenalan atau Passport | ✓ | ✓ |
| 8 | Salinan terkini Digital Certified True Copy (CTC) pendaftaran syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 (pendaftaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia) | - | ✓ |
| 9 | Salinan Sijil Pematuhan untuk Kelulusan Jenis atau Kelulusan Khas yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd | ✓ | ✓ |
Nota
(1) Untuk permohonan rangkaian persendirian, jumlah minimum unit bergerak ialah 30 unit.
(2) Permohonan bagi Pejabat Kedutaan Asing perlulah dikemukakan melalui Kementerian Luar Negeri.
Radio Sesalur Persendirian dan Awam
- Pengenalan
- Jalur Frekuensi
- Syarat-Syarat Permohonan
- Fi
- Tempoh Sah AA