Syarat Permohonan
Pemohon yang boleh memohon AA adalah seperti berikut:
- Syarikat persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan.
Senarai Semak Permohonan Penguntukan Radas
| Bil. | Dokumen yang diperlukan | Kerajaan Persekutuan | Bukan Kerajaan Persekutuan |
|---|---|---|---|
| 1 | Borang permohonan AA (setiap Permohonan) | ✓ | ✓ |
| 2 | Fi permohonan AA (RM60 bagi setiap Permohonan) | - | ✓ |
| 3 | Surat permohonan (dengan Kepala Surat Syarikat) | ✓ | ✓ |
| 4 | Surat kebenaran pelantikan Kontraktor untuk mengemukakan permohonan (Sekiranya permohonan dikemukakan oleh Pihak Kontraktor) | ✓ | ✓ |
| 5 | Diagram Rangkaian dan cadangan kawasan liputan (di atas Peta Elektronik) | ✓ | ✓ |
| 6 |
Spesifikasi Peralatan dan Antena |
✓ | ✓ |
| 7 |
Salinan Kad Pengenalan atau Passport |
✓ | ✓ |
| 8 |
Salinan terkini Digital Certified True Copy (CTC) pendaftaran syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 (pendaftaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia) |
- | ✓ |
| 9 |
Salinan Sijil Pematuhan untuk Kelulusan Jenis atau Kelulusan Khas yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd |
✓ | ✓ |
Nota
(1): Contoh permohonan AA: Untuk permohonan telemetri yang mempunyai 1 stesen master dan 2 stesen slaves, jumlah borang permohonan AA yang perlu dikemukakan adalah sebanyak 3 borang permohonan AA.
(2): Permohonan bagi Pejabat Kedutaan Asing perlulah dikemukakan melalui Kementerian Luar Negeri.
Telemetri
- Pengenalan
- Jalur Frekuensi
- Syarat Permohonan
- Fi
- Tempoh Sah AA