Pengenalan

  • Sistem radio mudah alih dua hala yang terdiri daripada stesen pengulang yang mempunyai 1 atau lebih saluran dan stesen kawalannya, yang berhubung dengan sejumlah terminal mudah alih.
  • Menawarkan senarai aplikasi seperti penghantaran suara, data, gambar, paging, faksimili, pesanan ringkas dan saling sambung Rangkaian Telefon Beralih Umum (PSTN).
  • Sistem radio yang dikawal oleh komputer (secara teknikal lebih kompleks daripada radio konvensional)
  • Peruntukan frekuensi adalah di bawah kawalan komputer dan frekuensi tidak ditetapkan kepada kumpulan atau pengguna tertentu. Sistem ini kebiasaannya digunakan untuk menampung jumlah pengguna yang tinggi.
  • Cara kerjanya: Apabila pengguna menekan butang radio untuk memulakan komunikasi, sistem kawalan komputer akan secara automatik menetapkan kumpulan bicara pengguna dan pengguna pada saluran frekuensi yang tersedia.

Teknologi

  • Terrestrial Trunk Radio (TETRA)
    Berdasarkan 4 slot Time Division Multiple Access (TDMA) dengan lebar jalur saluran radio fizikal 25 kHz. Standard TETRA menyokong mod trunking dan penyelesaian TETRA berasaskan IP tersedia.
  • Association of Public-safety Communications Officials Project 25 (APCO-P25)
    Piawaian umum untuk radio sesalur digital yang digunakan oleh agensi keselamatan awam di Amerika Utara untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan agensi lain dan pasukan tindak balas dalam keadaan kecemasan dan bencana.
  • Next Generation Digital Narrowband (NXDN)
    Next Generation Digital Narrowband (NXDN): Protokol perhubungan digital untuk komunikasi mudah alih
  • Digital Mobile Radio (DMR)
    Standard yang dikembangkan oleh Institut Piawaian Telekomunikasi Eropah (ETSI) di bawah Electromagnetic compatibility and Radio spectrum Matters (ERM)

Radio Sesalur Persendirian dan Awam