Pengenalan

Stesen kapal bermaksud stesen bergerak yang terletak di atas kapal, dan tidak berlabuh secara kekal, selain daripada kapal penyelamat.

Isyarat Panggilan Kapal

Gabungan daripada:

  • Dua karakter dan dua huruf, atau
  • Dua karakter, dua huruf dan satu digit (selain digit 0 atau 1), atau
  • Dua karakter (dengan syarat karakter kedua adalah huruf) diikuti oleh empat digit (selain digit 0 atau 1 dimana ianya diikuti oleh huruf), atau
  • Dua karakter dan satu huruf diikuti dengan empat digit (selain digit 0 atau 1 dimana ianya diikuti oleh huruf).
    (WRC-07)
    (Sumber: 19.55: ITU Radio Regulation 1 Article 19 Edition 2016)
 

Pemohon akan diuntukkan satu isyarat panggilan oleh Jabatan Laut Malaysia sewaktu pendaftaran kapal dibuat.

Nota:
L1L2
mewakili huruf A hingga Z
D1 mewakili digit 2 hingga 9
D2D3D4 mewakili digit 0 hingga 9

Contoh Isyarat Panggilan:

  • 9MVV
  • 9WMA2
  • 9M2045
 

Identiti Perkhidmatan Bergerak Maritim (MMSI)

  • MMSI adalah set sembilan-digit yang diuntukkan secara unik untuk mengenalpasti stesen di dalam perkhidmatan bergerak maritim. Bagi stesen kapal, MMSI terdiri daripada tiga (3) digit kod pendaftaran negara (MID) diikuti oleh enam (6) digit identiti kapal.
  • MMSI akan diberi oleh pihak MCMC berserta sijil AA bagi stesen kapal. Format MMSI bagi kapal Malaysia yang berdaftar adalah seperti berikut:


Nota:
D mewakili digit 2 hingga 9